PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Fareez Anuar mengakui tertekan apabila berdepan wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi semasa aksi penentuan pingat gangsa Sukan Paralimpik 2024 bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal) pada Isnin.
Memetik laporan Selangor Kini, Fareez yang mencuri tumpuan apabila memenangi saingan peringkat kumpulan walaupun diletakkan dalam ‘kumpulan maut’, bagaimanapun pulang hampa selepas tidak berjaya meraih sebarang pingat.
Lebih perit, Fareez pada satu ketika mempunyai peluang untuk mendapatkan gangsa selepas memenangi set pertama 21-17.