USAI menjuarai Piala FA, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman melawat bekas rakan sepasukannya, Faisal Halim di kediamannya pada Selasa.
Pernah bergandingan bersama dalam skuad Harimau Malaya, hubungan duo sensasi itu masih baik walaupun hanya sekadar kawan di luar padang.
“Terima kasih Messi datang melawat dan bagi semangat,” kata Faisal menerusi hantaran di laman Instagram.