SATU hari mengecewakan dialami pemain badminton wanita negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir awal daripada saingan Terbuka Malaysia selepas tewas kepada pemain India, Malvika Bansod.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Rabu, jaguh wanita itu mengalami kekalahan pada set pertama 15-21 yang sememangnya mengecewakan penyokong sendiri.
Harapan untuk bangkit pada set kedua bagaimanapun tidak kesampaian selepas pemain yang berada di kedudukan ke-42 dunia itu sekali lagi ditundukkan dengan skor 16-21.