JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) gagal membawa bekalan selesa bagi perlawanan kedua pusingan ke-16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) beraksi di halaman sendiri pada 11 Mac nanti.
Dalam perlawanan itu, JDT mempertaruhkan sembilan pemain import sebagai kesebelasan utama pasukan sebelum perlawanan berakhir 0-0 di Chang Area, Thailand.
Kemasukan pemain import baharu, Samu Castillejo juga tidak memberikan sebarang impak selepas diberi peluang beraksi selama 45 minit.