SABAH FC memanfatkaan waktu rehat Liga Malaysia (Liga M) dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan nasional Brunei di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei pada Rabu.
Selain Sabah, Brunei bakal terbang ke Hong Kong bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 11 September nanti.
Pasukan yang berada di ranking ke-190 dunia itu dibimbing oleh Mario Rivera sejak tahun lepas dan ia sekali gus akan memberikan pengalaman berbeza buat The Rhinos untuk menentang pemain-pemain terbaik Brunei.