TUGAS getir menanti Kedah Darul Aman FC apabila mereka berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir Piala FA.
Berpeluang untuk mencipta kejutan, perancangan Kedah bagaimanapun tergendala kerana ketiadaan Syafiq Ahmad yang tidak boleh diturunkan disebabkan dia adalah pemain pinjaman dari JDT.
Oleh itu, pengendali Kedah, Nafuzi Zain perlu melakukan sesuatu untuk memastikan kemenangan memihak Sang Kenari.