PEMAIN muda berbakat besar, Allee Putra Azril kini sedang mengintai peluang kembali ke Liga Super menjelang jendela perpindahan kedua liga dibuka pada Ogos ini.
Selepas berkelana lebih kurang tiga tahun di bumi Eropah, bekas pemain Kelantan FC itu mendedahkan mahu menabur bakti bersama salah satu kelab Liga Malaysia (Liga M).
Pemain berketinggian 1.70 meter itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan seakan-akan memberi bayangan bahawa menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga M menjelang jendela perpindahan kedua yang bermula Ogos nanti.