SELANGOR FC bermula positif dalam persiapan menuju ke perlawanan pembukaan Liga Malaysia dengan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor bagi mencabar kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus mencuri mata berharga pada 10 Mei nanti.
Walaupun Selangor melantik ketua jurulatih baharu, Nidzam Jamil ia tidak mengganggu persiapan pra-musim mereka apabila berjaya merekodkan kemenangan ke atas beberapa pasukan dalam dan luar negara.
BACA LAGI: ‘One to watch’, 3 import kelab ‘underdog’ termasuk Penang dan Kelantan yang boleh gegar Liga Super