PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menempuh tujuh perlawanan mencabar bagi aksi pra-musim di Sepanyol bermula langkah kanan selepas meraih kemenangan pertama di bumi Sepanyol.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu menunjukkan taring sebenar apabila berjaya menewaskan pasukan divisyen tiga Sepanyol, Real Murcia FC dengan keputusan 3-0.
Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nueva Condomina, Sepanyol pada Rabu itu menyaksikan Harimau Selatan dengan mudah mendapatkan rentak permainan dan keserasian apabila berjaya menembusi gawang pihak lawan.