PASANGAN beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat dengan 21-15, 24-22, pada perlawanan kedua Kumpulan D.
Tang Jie-Ee Wei berhempas-pulas menyelamatkan dua mata permainan daripada ketinggalan 18-20 ketika menentang Amerika pada perlawanan kedua, sebelum bangkit dengan kemenangan kedua mereka dalam kumpulan itu di Arena Adidas di Port de la Chapelle pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaron-Wooi Yik menang lagi, sahkan tempat ke suku akhir