PEMERGIAN Tan Cheng Hoe dari Selangor FC ke kelab Thailand, Police Tero nyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, saat dia sendiri sudah menstabilkan Selangor, pengendali itu memilih untuk pergi.
Pemergiannya ke Police Tero pada mulanya sukar untuk diterima oleh penyokong Selangor. Bagi penyokong Kedah Darul Aman FC yang pernah merasainya, mereka amat memahami apa dilalui pendukung Gergasi Merah hasil perbuatan Cheng Hoe.
Sebelum ini, Cheng Hoe pernah membuat perkara sama apabila memilih meninggalkan Kedah di saat mereka sedang memburu pelbagai kejuaraan dengan alasan ingin menyertai barisan jurulatih Harimau Malaya sebagai pembantu.