Dengar Suria

Sukan

Tampil garang belasah bekas kelab Ruben Amorim, Ferdinand yakin Arsenal boleh kembali cabar EPL

WAKIL England di Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Arsenal, mempamerkan persembahan memukau apabila menewaskan kelab Portugal, Sporting Club de Portugal (Sporting CP) 5-1 di tempat lawan pada Selasa.

Persembahan cemerlang oleh skuad kendalian Mikel Arteta itu memberikan isyarat Arsenal mula memberi respons kepada tekanan diberikan mereka selepas mencatatkan beberapa keputusan tidak memberangsangkan kebelakangan ini.

Bagi penganalisis bola sepak Inggeris, Rio Ferdinand, dia melihat kemenangan The Gunners ke atas bekas kelab pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim sebagai isyarat kepada seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka yang Arsenal mula kembali.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%