STEFANO Brundo bersedia untuk menggalas tugas baharu di posisi tengah meskipun pada awalnya dia hadir sebagai pemain pertahanan untuk Sri Pahang FC.
Kemampuannya untuk mencetak jaringan menyaksikan pemain import kelahiran Argentina berkenaan menjadi pilihan Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad untuk meletakkan pemain tersebut di posisi tengah pada musim lalu.
Pemain yang sudah melengkapkan 30 penampilan bersama Sri Pahang itu berjaya mencetak 12 jaringan pada musim 2023, sekali gus membuktikan ketajamannya di hadapan pintu gol.