PENGENDALI baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengesahkan bahawa seramai tiga pemain warisan bakal tiba di Malaysia minggu hadapan dengan difahamkan, proses bagi mendaftarkan mereka sedang berada di peringkat terakhir.
Perkongsian itu diberitahu oleh Cklamovski dalam pengumuman 27 pemain yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya untuk pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac.
Bagaimanapun, kejutan yang patut diumumkan pada minggu hadapan itu tiba lebih awal apabila kelab Portugal divisyen dua iaitu Portimonense mengumumkan Hector Hevel sebagai pemain baharu Harimau Malaya.