BEKAS pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari, dikhabarkan menjadi sasaran serangan oleh tiga pemain pasukannya sendiri ketika sesi latihan bersama kelab Liga Argentina, Godoy Cruz.
Pada Februari lalu, Solari secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih Godoy Cruz dengan harapan mengubah nasib pasukan yang mengalami permulaan hambar pada musim 2025.
Namun, selepas tujuh perlawanan, pasukan itu hanya mencatat dua kemenangan, empat keputusan seri, dan satu kekalahan, selain tersingkir awal daripada saingan Copa Argentina setelah tewas kepada Excursionistas.