JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedia berdepan dengan jadual padat Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang akan berlangsung dari 23 September sehingga 8 Oktober depan.
Azizulhasni berkata, beliau belajar daripada pengalaman semasa Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland baru-baru ini kerana ia agak sama dengan situasi yang bakal dihadapi pada acara di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou nanti.
“Sukan Asia kita tengok jadual agak rapat antara perlumbaan ada interval 15 minit, mereka susun semuanya dalam masa yang singkat. Saya tak pasti tapi semua (pelumba) hadapi situasi sama.