SEPANJANG jendela perpindahan musim sejuk Liga Perdana Inggeris 2024/25, Liverpool menjadi antara pasukan paling tidak aktif dengan tiada sebarang penghijrahan besar disaksikan.
Berdasarkan maklumat terkini, hanya empat pemain meninggalkan kelab Merseyside itu dengan kesemua daripadanya ketika ini hanya beraksi dalam skuad simpanan.
Situasi itu menimbulkan kegusaran kerana mereka sepatutnya giat membawa masuk nama-nama baharu memasuki detik genting dalam perebutan EPL dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).