KEGAWATAN ekonomi ketika ini menyaksikan ramai pemain bola sepak, sama ada yang masih aktif atau sebaliknya untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan.
Usaha itu turut dibuat bersempena sambutan Ramadan dengan ada daripada mereka memilih untuk membuka gerai menyediakan aneka juadah berbuka yang menerima sambutan hangat.
Sesetengah penyokong beranggapan usaha sedemikian wajar diraikan kerana ia membuktikan kesungguhan pemain dalam menampung perbelanjaan diri dan keluarga, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami masalah tunggakan gaji.