PENYOKONG Selangor FC pastinya mempercayai Nidzam Jamil untuk sentiasa memberikan yang terbaik sama ada sebagai jurulatih sementara atau ketua jurulatih Gergasi Merah bagi saingan musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Dr Johan Kamal Hamidin mengesahkan keputusan untuk membawa masuk seorang pengendali baharu akan dibuat minggu ini, dengan tiga jurulatih import dan seorang jurulatih tempatan disenarai pendek.
Ramai percaya Nidzam, yang sudah menjadi penolong jurulatih skuad Gergasi Merah sejak 2021 berada dalam senarai pendek untuk menggalas tanggungjawab memimpin Selangor FC pada musim 2024/2025.