Dengar Suria

Sukan

Tak pernah turun aksi di Liga Super, anak jati Sabah dijangka barisi ‘first eleven’ hadapi Selangor

KEJUARAAN Liga Super musim 2024/2025 sudah sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mudah menewaskan Perak FC di halaman sendiri dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Jese Rodriguez dan Jorge Obregon pada Isnin.

Kini, semua mata akan tertumpu pada pertarungan antara Selangor FC dan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor pada Khamis untuk menentukan tempat naib juara Liga Super.

Selangor kini memegang tempat kedua dengan 42 mata, manakala Sang Badak menduduki tempat ketiga dengan 34 mata, berazam untuk merapatkan jurang. Kedua-dua pasukan berbaki tiga perlawanan sebelum musim Liga Super berakhir.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%