BEKAS pemain Chelsea, William Gallas percaya bahawa bintang baharu Arsenal, Raheem Sterling hanya perlu menyalahkan diri sendiri ekoran kehilangan tempat dalam skuad The Blues sebelum berhijrah ke Emirates.
Sterling dikejutkan dengan keputusan pengendali baharu Chelsea, Enzo Maresca apabila tidak berada dalam perancangan pasukan musim ini, namun Gallas mengakui bahawa situasi itu berlaku kerana pemain itu beraksi di bawah tahap sebenar selepas berhijrah ke Stamford Bridge.
Pemain sayap tersebut hanya berjaya meledak 19 gol dalam semua kejohanan selain 12 umpanan gol menyebabkan Gallas percaya ia tidak cukup untuk seorang pemain berstatus bintang seperti Sterling.