JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini mengumumkan bahawa mereka mahu mengurangkan kos operasi pasukan musim depan.
Jadi, dalam mencapai objektif itu, mereka difahamkan bakal melepaskan pemain yang dirasakan kurang memberi impak buat pasukan senior mahupun belia.
Antara yang berada dalam senarai tersebut ialah pemain pertahanan, Adam Nor Azlin yang tidak lagi meraih minit permainan beberapa tahun kebelakangan ini.