PENYERANG bola sepak negara, Darren Lok mahu penyokong Harimau Malaya menaruh kepercayaan penuh terhadap skuad itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China.
Sudah tentu penyokong tanah air meragui kemampuan skuad Harimau Malaya sama ada boleh bersaing dengan pasukan seperti Syria dan China memandangkan kedua-dua pasukan itu berada pada kedudukan 100 terbaik dunia berbeza dengan Malaysia yang menghuni tangga ke-138.
“Penyokong berhak memberi pendapat mereka. Kami sudah menunjukkan pasukan negara layak dan mampu bersaing dengan pasukan besar. Kami bermain dengan baik ketika menentang Bahrain dalam kelayakan Piala Asia 2023.