JOHOR Darul Ta’zim (JDT) nampaknya memandang serius mutu keampuhan benteng terakhir mereka apabila dikhabarkan sedang memantau seorang penjaga gol dari Lembah Klang menjelang jendela perpindahan pada Ogos ini.
Penjaga gol yang dimaksudkan sedang berada dalam radar Harimau Selatan ialah pemain Kuala Lumpur (KL) City FC iaitu Azri Ghani dengan pemain itu kini sedang menikmati kempen cemerlang setakat enam perlawanan Liga Super.
Sejak Kevin Ray Mendoza meninggalkan KL City bagi menyertai pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung pada tahun lepas, Azri menjadi pertaruhan utama jurulatih untuk menjaga benteng terakhir pasukan The City Boys.