Dengar Suria

Sukan

Syafiq Ahmad mahu buktikan masih berbisa bersama HM, anggap bintang Sabah-KL City pesaing ‘1st Eleven’

PENYERANG Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad berazam untuk meledak gol buat skuad Harimau Malaya pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Sabtu.

Malaysia akan membuka kempen menentang Filipina, manakala juara bertahan, Tajikistan berdepan Lubnan pada 4 September dan pemenang akan bertanding pada perlawanan akhir (8 September).

Penyerang Sang Kenari yang disisihkan ke kem skuad kebangsaan kerana kecederaan hamstring sebelum ini kini kembali dengan penuh semangat mahu menunjukkan bahawa dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi senjata maut Harimau Malaya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh