PENYANDANG pingat emas bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA), Terengganu memulakan misi pertahankan gelaran dengan langkah kiri apabila kalah kepada Johor pada aksi pembukaan SUKMA 2024.
Diadakan di Stadium Zaid Adruce, Sibu, Sarawak pada Isnin, Johor yang diwakili oleh skuad Johor Darul Ta’zim III (JDTIII) menumpaskan Terengganu dengan keputusan 1-0.
Jaringan oleh bintang muda JDT, Aysar Hadi Mohd Shapri memastikan Johor membawa pulang tiga mata penuh.