SELEPAS enam bulan berkelana di Korea Selatan, R. Kogileswaran akhirnya kembali memeriahkan Liga Malaysia dengan menyertai Penang FC, sekali gus menjadi tonggak terbaharu membantu memperkukuh jentera serangan pasukan Utara tanah air tersebut.
Kogileswaran ataupun pemain yang mesra dengan sapaan Kogi itu mahu menebus kesilapan apabila bakal dijadual bertemu bekas pasukannya, Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super 2023 pada Ahad.
Pemain berusia 25 tahun yang bermain untuk skuad Tok Gajah dari 2016 hingga 2019 berkata, ia amat menyeronokkan untuk bertemu bekas pasukannya dalam Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.