PEMAIN pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee enggan memikirkan mengenai ‘cakap-cakap’ sebagai anak emas jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon selepas kurang menyerlah pada musim ini.
Dia sebaliknya berkata, mahu fokus kepada skuad Harimau Malaya mengharungi saingan Piala Asia di Qatar bulan depan berbanding mengambil peduli persepsi tersebut, lapor Stadium Astro.
“Perkara itu kita tak boleh nak fikirlah sebab takut boleh membawa satu benda yang tak eloklah bagi saya. Benda tu saya kena positif.