PERCATURAN skuad Kuala Lumpur (KL) City FC untuk mencipta gol menerusi serangan balas membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengikat Sri Pahang FC dengan keputusan 1-1 ketika aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang pada Ahad.
Keputusan itu membolehkan KL City FC mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 2-1, selepas skuad The City Boys itu menang 1-0 pada aksi suku akhir pertama 17 September lalu.
Ketua Jurulatihnya, Nenad Bacina berkata, pendekatan itu dilihat lebih praktikal untuk menundukkan tuan rumah memandangkan pasukan bimbingannya terpaksa bermain dalam keadaan padang yang becak.