SETELAH lama tergantung mengenai masa depannya, kini segala spekulasi yang menyelubungi kem Selangor FC boleh diletakkan ke tepi.
Penyokong kelab itu kini boleh menarik nafas lega apabila pemain sayap sensasi, Faisal Halim memilih untuk terus bersama-sama pasukan itu bagi musim baharu Liga Super.
Faisal yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Selangor, memilih untuk terus kekal dengan Gergasi Merah dalam usaha membantu pasukan Lembah Klang itu mendapatkan kejuaraan pada musim 2024/2025.