PEMINAT Kelab Liga Perdana Scotland Celtic FC menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin selepas pencerobohan mengejut Hamas ke Israel awal Sabtu.
Peminat Celtic FC terkenal dengan sokongan lama mereka terhadap negara tersebut.
Juga dikenali sebagai ‘Green Briged’, mereka membentangkan sepanduk yang bertulis “Bebaskan Palestin” dan “Kemenangan kepada penentangan” serta mengibarkan bendera semasa pasukan mereka menang 3-1 ke atas Kilmarnock di Parkhead.