JUARA dunia skuasy lapan kali Datuk Nicol David tidak dapat menahan emosi selepas sukan itu dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik 2028 buat kali pertama.
Skuasy ialah salah satu daripada lima sukan yang telah dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik edisi Los Angeles, bersama-sama dengan kriket, bola sepak bendera, besbol-softball dan lacrosse.
Nicol yang berusia 40 tahun, mendominasi sukan itu sejak sekian lama, gembira kerana skuasy akhirnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.





