SEBAGAI juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa tampil dengan kejutan, terutamanya dalam aspek perekrutan pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan.
Musim ini, JDT sekali lagi membawa masuk beberapa wajah baharu seperti Enzo Lombardo, Park Jun-heong, Roque Mesa, Jonathan Viera dan Alvaro Gonzalez. Pemain-pemain ini diperkenalkan bagi memperkukuh pasukan di bahagian serangan serta pertahanan.
Langkah ini diambil untuk memastikan skuad Harimau Selatan kekal kompetitif, bukan sahaja di pentas domestik tetapi juga dalam saingan antarabangsa.