PENYOKONG-PENYOKONG Kedah Darul Aman FC (KDA FC) seolah memberi bayangan awal akan memboikot perlawanan pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada 22 November susulan harga tiket yang diumumkan pihak pengurusan Hijau Kuning.
Rata-ratanya penyokong Kedah berpendapat harga RM23.69 sangat mahal dengan situasi semasa yang sedang dihadapi pasukan itu.
Luahan penyokong Sang Kenari itu ditinggalkan dalam ruangan komen media sosial Kedah Darul Aman FC yang memaparkan posting harga jualan tiket bagi setiap ‘section’ yang tersedia di Stadium Darul Aman, Kedah.