AKSI lebih baik diharapkan penyokong daripada Johor Darul Ta’zm (JDT) dalam pertembungan kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite menentang Buriram United.
Ini kerana perlawanan pertama di Thailand pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol dengan skuad Harimau Selatan jelas bergelut untuk memberi impak terbaik.
Jadi, dalam misi melayakkan diri ke pentas suku akhir, JDT perlu mencari pendekatan baharu bagi menundukkan lawan mereka itu dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa depan.