BINTANG bola sepak Sergio Ramos meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) setelah menerima tawaran mengejut daripada Galatasaray.
Menurut Sportskeeda, kelab Turki itu menawarkan cadangan gaji sebanyak 5.5 juta Euro (RM278 juta) setiap musim selama dua tahun kepada Ramos.
Pemain Sepanyol itu bersedia untuk menyertai mana-mana kelab sebagai pemain bebas selepas tamat kontraknya dengan PSG.