PENYERANG Harimau Malaya, Darren Lok bertekad mencipta jaringan sebanyak mungkin untuk membantu skuadnya menyaingi China dan Syria pada dua perlawanan persahabatan Tier 1 di Chengdu, China, pada Rabu dan Sabtu depan.
Pemain kacukan Malaysia-Britain itu optimis sentuhan jurulatihnya Kim Pan-gon yang agresif membantunya dan pasukan mencetak banyak gol menentang China dan Syria kelak.
“Itu tugas penyerang. Namun, bermain di bawah kendalian jurulatih Kim, kita ada (peluang). Kami agresif dan saya harap dapat membawa (gol) itu kepada pasukan negara.