PERBADANAN sukan tempur antarabangsa, UFC mengumumkan bahawa mereka sekali lagi menawarkan keterujaan buat peminat seni pertahanan diri dengan mengeluarkan siri permainan video baharu.
Permainan yang boleh dimainkan di konsol PlayStation 5 (PS5) dan Xbox itu sudah tentu dinanti-nantikan ramai melihat kepada pembaharuan yang ditawarkan mereka.
Antara yang menarik pastinya mengenai kehadiran bintang UFC dari Rusia, Khabib Nurmagomedov meskipun atlet terbabit sudah tidak lagi bergiat secara aktif.