PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus lantang menyuarakan pandangannya berhubung masalah tunggakan gaji yang semakin meruncing dalam kalangan kelab-kelab bertanding Liga Malaysia (Liga M).
Menerusi kenyataan di laman X peribadi beliau pada Khamis, Tunku Ismail atau dikenali sebagai TMJ menegur bahawa kelab di saingan Liga M sepatutnya berbelanja secara berhemah dan tidak melebihi kemampuan.
Selain itu, beliau juga berpendapat pasukan bola sepak wajar ditadbir oleh individu yang mempunyai minat dan kefahaman terhadap industri itu sendiri dengan menjadikan Selangor FC dan Kuching City sebagai contoh.