KEM Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima khabar duka apabila pertahanan mereka, Syahmi Safari difahamkan tidak meneruskan baki saingan Liga Super 2024/2024 susulan mengalami kecederaan serius ketika berdepan Penang FC pada minggu lalu.
Tonggak yang beraksi di posisi pertahanan kanan berkenaan dimasukkan sebagai pemain gantian kepada Oscar Arribas pada minit ke-76 ketika membantu JDT menewaskan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim dekat Iskandar Puteri, Johor pada Khamis lepas.
Selepas beraksi selama 14 minit, nasib tidak menyebelahi Syahmi apabila terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ekoran diterjah oleh pemain pertahanan Harimau Kumbang, Adib Ra’op.