KEHANGATAN pentas final Euro 2024 antara England dan Sepanyol semakin dirasai!
Perebutan takhta juara oleh dua pasukan gergasi Eropah ini pasti amat dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air dan dari seluruh pelosok dunia.
Bagi meraikan semangat kesukanan anda yang membara, mStar bekerjasama dengan Afina Ai Rich Sdn Bhd mengajak peminat bola sepak hadir ke program mStar Belanje menjelang perlawanan final Euro 2024 pada Ahad malam (14 Julai).