KAPSYEN ringkas yang dikongsikan di semua platform media sosial bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menarik perhatian ramai.
Penyerang Al-Nassr itu memuat naik mesej tersebut adalah untuk merujuk kepada aksi perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Al-Nassr dengan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain.
“Saya bersedia untuk mengubahnya, InsyaAllah,” tulisnya dalam hantaran dibuat pada Ahad.