KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, memaklumkan proses naik taraf Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjalan seperti yang dijadualkan.
Kerjasama antara pihak pengurusan Selangor FC dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini tertumpu kepada naik taraf fasiliti stadium seperti sistem saliran perparitan, tandas, tempat duduk penonton, bilik persalinan serta surau.
Jelasnya lagi, Stadium MBPJ akan kekal menggunakan rumput sedia ada jenis cow grass memandangkan tempoh masa yang ada tidak sempat untuk proses penukaran rumput.