GERGASI bola sepak Lembah Klang, Selangor FC dijangka mengadakan kejohanan pramusim pada akhir April ini.
Selepas melakukan jelajah pramusim di Thailand, skuad kendalian Nidzam Jamil akan berdepan lawan daripada luar negara dalam kejohanan melibatkan kelab daripada rantau Asia.
Memetik laporan Stadium Astro, kejohanan mini itu bakal diadakan pada tarikh 26 dan 28 April kelak dan ia menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai lokasi.