PERMULAAN agak sukar dialami Nidzam Jamil dalam karier kejurulatihannnya bersama Selangor FC apabila mereka bergelut setiap kali bertandang ke gelanggang lawan.
Kekalahan kepada Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak dan ditewaskan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu dalam saingan Piala FA merupakan keputusan sukar diterima setakat ini.
Lebih mengecewakan lagi, skuad Gergasi Merah turut dimalukan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi Liga Super di tempat lawan meskipun seteru Lembah Klang mereka itu berdepan masalah gaji yang serius.