DESAS-DESUS semakin hangat diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila penyerang muda Kuala Lumpur City FC , Muhammad Haqimi Azim Rosli, dikaitkan dengan perpindahan ke juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) bagi musim 2025/26.
Khabar angin itu mula tersebar luas selepas pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik satu hantaran di platform media sosial miliknya yang memberi bayangan seolah-olah Haqimi Azim bakal menjadi pemain terbaru yang akan menyertai skuad Harimau Selatan dalam ‘perpindahan mega’ akan datang.
“Welcome to Home of Champion, Haqimi Azim Rosli difahamkan ikat kontrak dengan JDT untuk ‘perpindahan mega’ Liga Malaysia 2025/26,” ciapnya ringkas melalui laman X (Twitter) miliknya pada Ahad.