SELANGOR FC terus memperkuatkan pasukannya menjelang perlawanan pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila membawa masuk penyerang import baharu, Reziq Bani Hani.
Ia selepas pasukan dari Liga Jordan, Al Faisaly SC mengumumkan perpisahan dengan penyerang muda Jordan itu yang akan menyertai Selangor pada Jumaat.
Al-Faisaly turut mendoakan kejayaan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada penyerang muda Jordan itu yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.