PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, 17, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas berjaya menaiki podium dalam perlumbaan RedBull Moto GP Rookies Cup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran daripada pelumba negara lain.
Menurutnya, dia selalu meletakkan motivasinya di tempat paling tinggi untuk kembali bangkit daripada tempat kesembilan sehingga berjaya dinobatkan sebagai naib juara RedBull Moto GP Rookies Cup yang berlangsung di Sepanyol.
“Untuk keputusan dalam RedBull Moto GP Rookies Cup pusingan pertama saya berasa sangat gembira kerana dapat lawan di pasukan hadapan.