SEORANG penyokong meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, pada Jumaat (19 Julai).
Remaja berusia 18 tahun dikenali Muhammad Danish Hakim itu rebah sewaktu berada di tempat duduk penonton pada pukul 7 petang.
Arwah datang ke stadium bersama adiknya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sang Kenari dan Harimau Selatan, namun rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.