MUNGKIN ketika ini keterujaan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menyambut kedatangan bintang-bintang Eropah tidak seperti kehadiran Jordi Amat yang menyertai Harimau Selatan pada 2022.
Ia kerana JDT dilihat sudah berada jauh ke depan daripada lawan lain dalam Liga Malaysia (Liga M) apabila mudah menarik minat pemain-pemain berstatus bintang ke bumi Darul Takzim.
Musim ini, JDT telah membawa masuk empat pemain bintang Sepanyol iaitu Jese Rodriguez, Jonathan Viera, Alvaro Gonzales dan Roque Mesa untuk menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).